Menteri Pertahanan India positif Covid-19

Iklan
Rajnath Singh

NEW DELHI - Menteri Pertahanan India Rajnath Singh, seorang pemimpin terkemuka Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah, disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin.

"Saya disahkan positif Covid-19 hari ini dengan simptom yang tidak ketara dan menjalani kuarantin di rumah. Saya meminta semua orang yang ada mendekati saya untuk melakukan kuarantin dan menjalani ujian," ciap Singh, 70 di Twitter pada Isnin.

Iklan
Iklan

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, berlaku lonjakan besar jangkitan di negara itu dan ramai ahli politik, menteri serta selebriti di India dijangkiti Covid-19.

Mereka termasuk menteri muda kesihatan Bharati Pravin Pawar, menteri muda dalam negeri Nityanand Rai, menteri industri berat Mahendra Nath Pandey, dan ketua menteri Delhi Arvind Kejriwal.

Lebih 400 kakitangan Parlimen didapati positif sebelum sesi pembentangan belanjawan bulan depan.

Iklan

Kes harian terbaru India yang dilaporkan adalah 179,723, angka tertinggi sejak Mei ketika negara itu berdepan gelombang kedua pandemik itu. - Bernama

Iklan