Batal ICERD, rakyat jangan mudah percaya!

Iklan
Nik Mohamad Abduh pada Ceramah Roadshow Bantah ICERD di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini, tadi.

MACHANG - Keputusan kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hanya bersifat sementara dan boleh berubah pada bila-bila masa.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, rakyat tidak boleh sewenang-wenangnya percaya dengan keputusan tersebut dan mengambil mudah perkara itu termasuk melupakan Perhimpunan Bantah ICERD yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 8 Disember ini.

Iklan
Iklan

Katanya, pejuang-pejuang ICERD tidak akan mengalah dengan mudah malah percaya mereka akan bertindak lebih agresif bagi mencapai cita-cita mereka termasuk memberi tekanan kepada kerajaan.

"Cita-cita mereka terlalu tinggi yang mana bukan sahaja menafikan hak Melayu tetapi lebih penting adalah kedudukan agama Islam. Isi kandungan konvensyen itu sama sekali tidak sepadan dengan hukum-hakam agama kita.

Iklan

"Perhimpunan ini perlu diteruskan bagi menyuarakan pendirian kita sebagai rakyat sekaligus menggagalkan usaha pihak tertentu yang memperjuangkan hak kesamarataan agama dan kaum di negara ini. Jangan bagi orang kacau hak kita," katanya pada Ceramah Roadshow Bantah ICERD di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Exco Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Datuk Hassan dan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Noor Hariri Mohamed Nor .

Iklan

Ceramah tersebut menjadi platform pertama yang menyatukan penyokong Pas dan Umno di daerah ini dalam satu pentas dengan mengenepikan fahaman politik masing-masing demi kepentingan agama Islam.