Pemandu maut lori terbabas di Lebuhraya Utara Selatan

Iklan
Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan pemandu yang tersepit. - Foto JBPM

TAIPING - Seorang pemandu maut manakala kelindannya cedera apabila lori yang mereka naiki terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 209 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat sini, malam tadi.

Pemandu yang berusia 40 tahun, maut di lokasi kejadian manakala kelindan yang cedera berumur 34 tahun.

Iklan
Iklan

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 11.16 malam.

"Kemalangan melibatkan sebuah lori muatan barang (bounded) telah terbabas dan melibatkan dua orang mangsa di lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Iklan

Menurut jurucakap itu, nahas berkenaan menyebabkan pemandu lori tersepit dan anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan pemandu tersebut sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa yang cedera pula telah diberikan rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Syaf Ezuan Ahmad tamat jam 1.08 pagi. - Awani