Turki desak dunia hentikan 'keganasan Islamophobia'

Iklan
Salah seorang mangsa dikejarkan ke hospital. - Foto AP

ANKARA - Turki mendesak dunia segera bertindak untuk menghentikan"keganasan Islamophobia", berikutan serangan bersenjata di dua masjid di New Zealand, lapor agensi berita Anadolu memetik jurucakap presiden Turki pada Jumaat.

"Serang di dua masjid itu jelas menggambarkan Islamophobia yang semakin menebal terhadap umat Islam," kata jurucakap Presiden Turki, Ibrahim Kalin di Twitternya.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu dikeluarkan selepas tragedi berdarah di dua masjid Christchurch yang menyaksikan sekurang-kurangnya 40 nyawa menjadi korban.

"Tindakan pengecut ini membuktikan betapa rasa benci dan anti-Islam membawa kepada perbuatan membunuh. Dunia tidak harus berdiam diri dan perlu mengecam sekeras-kerasnya Islamophobia," kata Kalin

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Desak kerajaan New Zealand lapor secara telus

Setakat ini, empat orang ditahan berhubung kejadian itu, menurut polis New Zealand.

Iklan

Pengarah komunikasi presiden Turki, Fahrettin Altun menerusi Twitternya turut mengutuk serangan kejam itu.

"Ini adalah amaran pentingnya umat Islam bersatu kerana perpecahan boleh mengundang kehancuran, sudah tiba masanya semua berganding bahu menentang segala bentuk keganasan," kata Altun. - Bernama