Muara cetek sukarkan nelayan tangkap ikan: Mukhriz

Iklan
Mukhriz sempat bertanya khabar seorang penduduk sebelum program bersama komuniti perikanan Kuala Jerlun di Jeti Kuala Jerlun bermula.

JERLUN - Penyelesaian jangka masa panjang sedang difikirkan oleh Kerajaan Kedah dalam menghadapi masalah muara cetek yang menyukarkan nelayan untuk keluar menangkap ikan di Kuala Jerlun, dekat sini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, masalah tersebut bukan sahaja berlaku di Kuala Jerlun, tetapi turut terjadi di kuala-kuala lain di Kedah dan juga seluruh negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kuala-kuala terbabit perlu mengikut giliran bagi kerja-kerja untuk mengorek muara dan proses tersebut sedikit-sebanyak mengambil masa sebelum tiba gilirannya.

Komuniti perikanan tidak melepaskan peluang untuk menyatakan permasalahan yang sedang dihadapi mereka kepada Mukhriz yang berkunjung ke tempat mereka.

"Masalah ini sebenarnya dari dulu adalah muara yang cetek, bukan sahaja di sini tetapi juga seluruh negara juga selalu mengalami masalah ini dan perlu mengikut giliran bagi kerja-kerja untuk mengorek muara.

Iklan

"Kosnya makan belanja yang agar besar, jadi kerajaan negeri sedang mempertimbangkan beberapa cadangan bagaimana untuk kita mengatasi masalah ini dalam jangka masa panjang," kata beliau semasa menjawab soalan seorang nelayan sempena sesi dialog bersama komuniti perikanan Kuala Jerlun di Jeti Kuala Jerlun, dekat sini.

Muhkhriz berkata, masalah tersebut perlu diselesaikan kerana ia juga bakal menjejaskan bekalan ikan yang bakal dibekalkan kepada penduduk setempat.

Iklan

Dalam pada itu, Mukhriz turut mengulas keluhan nelayan yang mahu penguatkuasaan diketatkan selepas melibat berlakunya kecurian ikan yang dilakukan oleh nelayan luar.

"Masalah pencerobohan yang berlaku dalam perairan hingga menjejaskan sumber dan ini juga perlu diberikan perhatian.

"Sebenarnya ada masalah dari segi penguatkuasaan dan kekurangan aset seperti bot laju kerana mereka tidak sempat mengejar nelayan-nelayan yang ceroboh perairan kita," katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri berusaha untuk mengatasi setiap masalah yang dihadapi nelayan dan jika berada di luar kemampuannya, Kedah akan membawa perkara tersebut ke pengetahuan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Asas Tani.