MBSA sedia 33 lokasi bazar Ramadan

Iklan
Antara lokasi tapak bazar itu adalah di Seksyen 6, 7, 8, 16,17, 18,19, 20, 24, 25, 27, 28, 31,33 dan 35. - Foto 123rf (Gambar kecil: Shahrin)

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan 33 lokasi tapak bazar Ramadan pada tahun ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, antara lokasi tapak bazar itu adalah di Seksyen 6, 7, 8, 16,17, 18,19, 20, 24, 25, 27, 28, 31,33 dan 35.

Iklan
Iklan

"Selain itu, tapak bazar Ramadan adalah di U2, U3, U5, U8, U10, U13, U19 dan U20," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Shahrin berkata, permohonan permit bazar Ramadan juga dibuka secara dalam talian pada tahun ini.

Iklan

Katanya, orang ramai boleh memohon secara dalam talian mulai 17 Januari ini sehingga 16 Februari depan melalui laman sesawang eBazar MBSA iaitu https://bazar.mbsa.gov.my.

"Orang ramai perlu mengisi borang permohonan secara atas talian dan memuat naik salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap sebelum proses pendaftaran dilaksanakan," katanya.

Iklan

Beliau memberitahu, kadar bayaran permit dan jenis jualan berbeza iaitu jualan makanan dan minuman balang pada kadar RM207 sebulan.

"Bagi jualan makanan bergoreng dan air kelapa atau tebu serta jualan berbakar pada kadar RM237 sebulan dan RM297 sebulan bagi jualan ayam golek," katanya.