Positif dadah: Lans koperal, konstabel ditahan

Iklan
Mohd Shuhaily

GEORGETOWN - Dua anggota polis ditahan pada minggu lalu kerana kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dua anggota polis berpangkat lans koperal dan konstabel itu ditahan selepas ujian saringan air kencing mereka positif dadah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, salah seorang daripada mereka sedang dalam proses tahan kerja manakala seorang lagi pernah disiasat untuk ujian saringan air kencing positif namun tiada keterangan kukuh untuk didakwa di mahkamah.

"Kita menjalankan ujian saringan air kencing ke atas sembilan anggota polis yang mana, dua daripada mereka positif dadah. Ujian saringan dijalankan oleh Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT).

Iklan

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya tidak akan berkompromi dengan salah laku atau salah guna kuasa dalam kalangan anggota atau pegawai polis," katanya pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, di sini pada Selasa.

Katanya lagi, kedua-dua anggota polis berkenaan adalah antara 380 orang yang ditahan sejak 1 hingga 9 Januari kerana kesalahan berkaitan dadah.

Iklan

"Daripada jumlah itu, 117 orang ditahan kerana kesalahan membekal, 204 memiliki dan 59 kerana urin positif.

"Fokus kita tahun ini adalah membanteras kegiatan pengedaran dadah di Pulau Pinang bagi mengurangkan penagih dadah kerana mereka ini antara penyumbang kepada kes jenayah," katanya.

Kesalahan tatatertib melibatkan Polis Pulau Pinang menunjukkan peningkatan iaitu 35.71 peratus pada tahun lalu berbanding 2020.

Sebelum ini, Polis Pulau Pinang mengesahkan telah membuka 171 kertas siasatan tatatertib pada tahun lalu berbanding 126 pada 2020.

Daripada 171 kertas siasatan tersebut, ia melibatkan 314 individu iaitu 43 orang pegawai kanan, 269 pegawai rendah dan dua kakitangan awam.

Jumlah kertas siasatan (kes) berjumlah 171 dengan kes tatatertib sebanyak 107; jenayah (33), dadah (17), tidak hadir tugas atau pembolosan (8), kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (4) dan syariah (2).

Sementara itu, katanya lagi, daripada 314 orang tersebut, 28 orang masih dalam siasatan untuk diambil tindakan antaranya gantung, tahan dan dibuang kerja.