Henti kongsi video pembunuhan orang Islam

Iklan
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menyarankan rakyat di negara ini tidak berkongsi video secara langsung dibuat oleh pengganas yang menembak secara rambang di masjid di Christchurch, New Zealand.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi menjaga perasaan keluarga dan menutup aib jenazah orang Islam yang dibunuh dengan kejam dan menyedihkan.

Iklan
Iklan

"Dalam kita sama-sama bersolidariti mengutuk tindakan kumpulan pengganas yang menyerang umat Islam yang tidak berdosa di Masjid Linwood dan Masjid Al Noor, saya sarankan agar kita tidak berkongsi video secara langsung yang dibuat oleh pembunuh gila berhati binatang yang sengaja mahu mempopularkan dirinya," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Ingatan sama turut disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak yang berkata, tindakan itu perlu bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengundang suasana panik dan marah dalam kalangan masyarakat.

Iklan

"Orang ramai juga diminta menghormati sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata, pada masa yang sama, SKMM akan bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan untuk menurunkan rakaman berkenaan.

Iklan

Menurut beliau, sebarang perkongsian kandungan yang bersifat mengancam dan jelik merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

SKMM, katanya, memandang serius perkara itu dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

Media hari ini melaporkan kejadian tembakan di dua masjid di Christchurch dipercayai menyebabkan sekurang-kurangnya 49 maut setakat ini, manakala seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dalam kejadian berkenaan.