Lebih 300 permohonan Rumah Kasih Keluarga Malaysia diterima

Iklan
Orang ramai mengunjungi pusat sehenti yang beroperasi di Tabika Kemas Bukit Changgang untuk membuat permohonan semakan baik pulih dan bina baru Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

SEPANG - Lebih 300 permohonan dan semakan kelayakan untuk baik pulih serta bina baharu rumah di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia diterima oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Pusat Sehenti Tabika Kemas, Bukit Changgang.

Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Ramlan Harun berkata, pusat sehenti yang beroperasi selama tiga hari bermula dari Selasa itu menyediakan saluran bagi memudahkan mangsa banjir untuk mendaftar kelayakan.

Iklan
Iklan

"Borang disediakan di pusat sehenti sebelum diserahkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana, PKOB Daerah untuk diperaku Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, KPLB memperuntukkan RM50 juta di bawah inisiatif tersebut dengan kadar bantuan RM15,000 untuk kerja-kerja pembaikan rumah; RM56,000 untuk membina kediaman baharu di Semenanjung

Iklan

dan RM68,000 untuk bina rumah di Sabah serta Sarawak.

"Kementerian memulakan kerja-kerja pembaikan pada Sabtu lalu membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Kuala Klawang, Chennah dan Jelebu, Negeri Sembilan.

Iklan

'Empat buah rumah lagi di Mentakab dan Temerloh, Pahang," katanya.

Tambah beliau, setakat ini KPLB menerima 1,879 unit rumah untuk baik pulih di kawasan banjir manakala 165 buah rumah bina baru.