Saintis China dakwa bulan ada tanda-tanda air

Iklan
Gambar fail menunjukkan kapal angkasa pendaratan China, Chang'e-5 di bulan pada tahun 2020. - Foto CNSA

BEIJING - Kapal angkasa pendaratan China, Chang'e-5 berjaya mengesan tanda-tanda kewujudan air di dalam batu dan tanah di bulan, dakwa saintis-saintis negara itu baru-baru ini.

Ia yang tiba di bulan pada 1 Disember 2020 dan mempunyai misi untuk mengembalikan sampel batu dan tanah ke bumi.

Iklan
Iklan

Semasa di bulan, kapal angkasa pendaratan itu menggunakan instrumen di atas kapal untuk mengambil beberapa ukuran saintifik termasuk pantulan spektrum batu bulan.

Kapal pendaratan itu hanya berada dua hari di permukaan bulan sebelum kembali semula ke Inner Mongolia pada bulan Disember 2020.

Iklan

Pasukan China kemudian mendapati bahawa dalam beberapa jenis batu di bulan terdapat molekul air atau H20 hadir pada kira-kira 120 bahagian per juta (ppm).

Misi negara itu di bulan itu adalah projek bersama oleh LIN Yangting dan LIN Honglei dari Institut Geologi dan Geofizik Akademi Sains China. - Agensi

Iklan