KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,768,673 atau 88 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam pada Selasa.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,858,109 atau 90.8 peratus daripada kumpulan yang berusia 12 hingga 17 tahun itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.