Permohonan bazar Ramadan MBSJ dibuka hari ini

Iklan
Permohonan secara dalam talian dengan mengimbas kod QR disediakan.

SUBANG JAYA - Permohonan permit bazar Ramadan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang bermula pada Rabu akan berakhir 31 Januari depan.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid melalui kenyataan pada Rabu memaklumkan, sebanyak 18 lokasi bazar Ramadan MBSJ merangkumi 1,251 petak niaga disediakan tahun ini.

Iklan
Iklan

Beliau turut menasihatkan peniaga membuat permohonan awal bagi memudahkan urusan dengan melayari laman web www.mbsj.gov.my atau imbas kod QR yang tertera di poster dan platform media sosial MBSJ (Facebook, Instagram, Twitter).

"Peniaga yang berminat perlu mendaftar sebagai pengguna my@mbsj sebelum meneruskan permohonan permit bazar Ramadan.

Iklan
Lokasi bazar Ramadan MBSJ bagi tahun ini.

"Semua urusan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian mengikut prosedur," katanya.

Jelasnya, keutamaan permohonan adalah kepada peniaga atau penduduk yang tinggal dalam kawasan pentadbiran MBSJ.

Iklan

Tambah beliau, informasi lanjut boleh didapati dengan melayari laman web MBSJ di www.mbsj.gov.my dan platform media sosial MBSJ atau menghubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-80264324.