'Lukaku perlu jaring lebih banyak gol'

Iklan
Tuchel tidak pernah meragui komitmen Lukaku bersama Chelsea. - Foto Reuters

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel menegaskan, satu-satunya 'ubat' untuk Romelu Lukaku mencari bentuk terbaiknya dan menyembuhkan luka di kelab London itu adalah dengan menjaringkan gol.

Menurut Tuchel, dia tidak mahu menukar cara permainan pemain Belgium itu sambil menegaskan Lukaku memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan fizikal Liga Perdana Inggeris (EPL).

Iklan
Iklan

"Kita tidak akan menukar cara dia (Lukaku) bermain. Dia akan menjadi dirinya seperti biasa yang akan menjaringkan gol untuk pasukan.

"Berikan sedikit masa kepada Lukaku. Saya yakin, sebaik sahaja dia menyesuaikan diri dengan gaya fizikal liga, sudah pasti dia akan memberi impak yang besar," kata Tuchel.

Iklan

Lukaku kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama The Blues minggu lalu selepas digugurkan kerana temu bual tanpa kebenaran yang mana pemain Belgium itu mempersoalkan taktik yang diguna pakai oleh Tuchel.

Lukaku juga berjaya menjaringkan gol ketika Chelsea membelasah Chesterfield dalam saingan Piala FA Sabtu lalu.

Iklan

Dalam pada itu Tuchel berkata, dia tidak menolak kemungkinan untuk menurunkan Lukaku pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Carabao menentang Tottenham Hotspur.

Jelasnya, meskipun gagal menjaringkan gol ketika diturunkan pada separuh akhir pertama, kehadiran Lukaku akan memberi impak yang besar kepada pasukan.

"Mungkin dia (Lukaku) tidak banyak memegang bola, tetapi dia terlibat dalam aspek yang penting iaitu membantu dari segi fizikal.

"Kami lihat perkara itu menerusi data yang dikumpul. Itu sebenarnya aspek yang penting kepada pasukan," katanya.