[VIDEO] Selamba buang, bakar sampah terbuka

Iklan
Tindakan lelaki berkenaan dirakam CCTV yang dipasang MPS di lokasi hotspot pembuangan sampah haram.

BATU CAVES - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengesan seorang lelaki yang melakukan pembakaran terbuka di tapak pembuangan sampah di Taman Raintree di sini.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat MPS, Ahmad Fauzi Ishak melalui kenyataan pada Rabu memaklumkan, perbuatan lelaki tersebut dapat dilihat secara jelas melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan hotspot itu pada 9 Januari lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lelaki tersebut tiba di lokasi sekitar jam 6 petang dengan menaiki van Nissan Vanette biru sebelum membuang beberapa sampah termasuk tilam bujang dan kemudian membakarnya.

"MPS kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu dan menyebabkan kacau ganggu dari segi kebersihan kepada penduduk setempat dan asap pembakaran menyebabkan pencemaran alam sekitar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan
Asap tebal mengakibatkan kacau ganggu ketika tilam dibakar.

Katanya, MPS sedang melakukan carian maklumat lelaki berkenaan dan akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 di bawah Akta Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPS 2007.

"Kita ada imej jelas pelaku dan akan mengesan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan di lokasi kejadian," katanya.

Iklan

Ahmad Fauzi turut menasihatkan orang ramai mengelakkan pembakaran terbuka dan menghubungi MPS jika berlaku kejadian pembuangan sampah yang tidak sistematik.