Seorang pengunjung, Reka Hendri, 37, melihat beberapa pokok keladi yang terdapat di Taman Zety Roses (TZR) di Kampung Tanjung Aur, Telemong, Kuala Terengganu.
Pemilik Taman Zety Roses (TZR) Dr Sh Marzety Adibah Al-Sayed Mohamad berkata beliau mula mengusahakan nurseri keladi sejak tahun lepas disebabkan permintaan tinggi dari 'Rosarian' (peminat bunga ros) dan peminat keladi menerusi Fanpage Facebook rasmi Taman Zety Roses.
Iklan
Iklan
Keistimewaan TZR juga kerana hasil kepakaran yang telah berjaya menghasilkan formulasi set baja organik yang berjaya menjadikan daun pokok keladi lebih besar, tinggi, warna yang lebih cerah, cantik dan merimbun hanya dalam tempoh tiga bulan sahaja berbanding proses sebenar yang mengambil masa bertahun-tahun.
Setakat ini TZR mempunyai lebih 1,000 pokok keladi terdiri lebih dari 500 spesies termasuk jenis hybrid. Harganya dijual bermula RM35 hingga RM6,800 untuk anak pokok manakala keladi dewasa mencecah harga RM50,000. - Foto Bernama