Polis rekod keterangan Ahli Parlimen Batu, dua pemimpin AMK

Iklan
Polis menyiasat penyerahan memorandum yang dihadiri beberapa individu di hadapan pejabat SPRM Putrajaya, pada Isnin. (Gambar Kecil : A Asmadi)

PUTRAJAYA - Tiga individu direkod keterangan untuk siasatan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika penyerahan memorandum kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki oleh Angkatan Muda Keadilan di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, individu itu adalah Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ahmad Syukri Che Ab Razab dan Naib Ketua AMK, Thiban Subramaniam.

Iklan
Iklan

"Rakaman percakapan tiga individu ini diambil pada Rabu (hari ini) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

"Siasatan masih dijalankan dan kita akan merakam keterangan beberapa individu lain," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Pada Selasa, A Asmadi berkata, kes disiasat mengikut kesalahan Peraturan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Penyerahan memorandum itu dikesan disertai antara 20 hingga 30 peserta.

Iklan

Ia turut dihadiri Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.