Peng Soon-Valeree lepasi ujian awal

Iklan
Peng Soon-Valeree tidak berdepan masalah tundukkan beregu India, Raju Mohamed Rehan-Jamaludin Anees Kowsa 21-4, 21-9.

GANDINGAN baharu beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Valeree Siow berjaya melepasi ujian awal apabila mara ke pusingan kedua Terbuka India di New Delhi, India pada Rabu.

Pasangan yang baru digandingkan pada Disember lalu itu tidak berdepan masalah untuk menumbangkan gandingan India, Raju Mohamed Rehan-Jamaludin Anees Kowsa 21-4, 21-9 dalam masa hanya 20 minit.

Iklan
Iklan

Bagi Peng Soon, dia menganggap perlawanan itu sekadar aksi pemanas badan buat mereka sebagai persediaan sebelum berdepan lawan yang lebih sukar.

"Walaupun keserasian antara saya dan Valeree masih belum 100 peratus tetapi dia bermain dengan baik hari ini. Perlawanan hari ini nampak senang kerana gandingan yang kami lawan bukanlah pemain yang kuat.

Iklan

"Jadi saya anggap ia sebagai pemanas badan untuk berdepan lawan yang lebih kuat selepas ini. Kemenangan ini memberikan kami semangat untuk beraksi lebih baik,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Peng Soon-Valeree akan turun menentang satu lagi pasangan tuan rumah, Kashish Sharma-Saruni Sharma bagi merebut tempat ke slot suku akhir.

Iklan

Selain gandingan pilihan kelima itu, turut akan beraksi esok untuk memburu slot suku kahir adalah pemain perseorangan lelaki profesional negara, Song Joo Ven yang turun menentang juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura.

Joo Ven mara ke pusingan kedua selepas mudah menundukkan wakil tuan rumah, Shirag Sen straight set 21-8, 21-7 dalam aksi pusingan pertama pada Selasa.