'Serangan di NZ perbuatan pelampau sayap kanan'

Iklan
Scott Morrison

CANBERRA - Perdana Menteri Australia, Scott Morrison merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan New Zealand susulan tragedi serangan di Christchurch, lapor agensi berita Xinhua.

"Kami turut bersedih, terkejut, marah dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam oleh pelampau sayap kanan itu," kata Morrison kepada wartawan pada Jumaat petang.

Iklan
Iklan

"Doa dan ingatan tulus ikhlas saya tujukan kepada keluarga mangsa dan rakyat New Zealand, malah ke atas penduduk Islam Australia yang sering menjadi sasaran pelampau sayap kanan ini."

Serangan pengganas di Christchurch pada Jumaat itu menyaksikan jumlah terkini yang terkorban ialah seramai 49 orang dan 48 lagi cedera.

Iklan

Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush mengesahkan bahawa tiga lelaki dan seorang wanita kini ditahan.

Bush berkata, pihaknya maklum mengenai rakaman video tembakan di Masjid Al Noor yang kini tular di media sosial dan polis sedang berusaha menghentikan penyebarannya. - Bernama

Iklan