Noraini dilantik YDP MPK Klang baharu

Iklan
Noraini mengangkat sumpah sebagai YDP MPK baharu di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi MPK, Klang pada Rabu.

KLANG - Bekas Datuk Bandar Subang Jaya (MBSJ), Noraini Roslan mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang baharu.

Noraini, 58, mengisi jawatan ditinggalkan Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin yang dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri.

Iklan
Iklan

Noraini dalam ucapan sulungnya meluahkan hasrat menjadikan Klang sebagai sebuah perbandaran yang aman dan sejahtera untuk semua penduduk.

"Klang penuh dengan potensi pembangunan dan MPK perlu menyediakan perkhidmatan terbaik tanpa meninggalkan mana-mana golongan.

Iklan

"Warga MPK perlu memikul tanggungjawab ini dan misi untuk mencapai status bandar raya harus diperkasakan bermula sekarang,” katanya selepas majlis angkat sumpah di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi MPK di sini pada Rabu.

Noraini berkata, tumpuan juga akan diberikan terhadap pembangunan ekonomi dan keperluan penduduk dari segi penempatan, pengangkutan dan kelestarian alam sekitar ke arah kehidupan warga Klang yang bestari.

Iklan