MKT UMNO: Menara Dato Onn sekali lagi jadi tumpuan

Iklan
MKT UMNO: Menara Dato Onn sekali lagi jadi tumpuan Pemimpin UMNO mula tiba di Menara Dato Onn di sini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada masa Rabu.

KUALA LUMPUR - Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini sekali lagi menjadi tumpuan petugas media susulan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan berlangsung malam ini.

Petugas media daripada pelbagai agensi didapati mula berkumpul di lokasi ini seawal jam 8 malam lagi.

Iklan
Iklan

Antara yang terawal tiba di Menara Dato Onn ini adalah Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Difahamkan, antara intipati perbincangan mesyuarat pada malam ini adalah penetapan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang ditangguhkan sebelum ini.

Iklan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan PAU 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 12 sehingga 15 Januari ini ditangguhkan.

Penangguhan tersebut kata Ahmad Maslan, susulan bencana banjir yang berlaku banyak di kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.

Iklan