Kes dera: Polis rekod keterangan saksi

Iklan
Nik Ros Azhan

BUKIT MERTAJAM - Polis telah merekodkan beberapa keterangan daripada saksi termasuk dua jiran mangsa dera yang berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Wawasan di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, polis juga merampas beberapa objek yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa seperti rod pancing, sebatang besi dan juga topi keledar.

Iklan
Iklan

"Kita telah cuba memujuk mangsa untuk menceritakan apa yang berlaku tetapi mangsa enggan menceritakan dengan lebih lanjut dan dia masih lagi dalam keadaan murung serta meracau.

"Sekarang mangsa masih lagi dirawat di Hospital Bukit Mertajam dan dalam proses rawatan psikiatri kerana kurang beri kerjasama kepada doktor yang merawatnya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Iklan

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang wanita berusia 64 tahun dilaporkan didera oleh dua anaknya serta seorang menantu yang juga OKU sejak dua bulan lalu.

Wanita itu ditemui dalam keadaan tidak bermaya, luka di bahagian kepala serta seluruh badan selain dikhuatiri mengalami patah lama pada anggota badan.

Iklan

Dia bagaimanapun diselamatkan penduduk Flat Desa Wawasan di sini selepas dia ditemui terkurung di dalam rumahnya.

Mengulas lanjut, Nik Ros Azhan berkata, sebaik selesai siasatan dan rawatan dilakukan terhadap mangsa, dia akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diberi perlindungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak menantu dera ibu disahkan sakit mental