Aktivis alam sekitar buat laporan polis

Iklan
Khaidir bersama laporan polis yang dibuat di IPD Temerloh pada Selasa terhadap hantaran sebuah portal berita.

TEMERLOH - Aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad, 60, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada Selasa berikutan hantaran sebuah portal berita di laman sosial Facebook.

Hantaran tersebut iaitu, 'Iklan ubat kuat Khaidir Ahmad: Eksploitasi Kanak-Kanak' dimuatnaik pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, hantaran tersebut adalah satu serangan peribadi dan penghinaan terhadap beliau dan keluarganya kerana tidak pernah terbabit dalam mana-mana perniagaan atau pengiklanan berkaitan 'ubat kuat.'

"Hantaran berkenaan adalah fitnah yang berniat jahat dan bertujuan memburukkan reputasi saya sebagai seorang wartawan yang pernah memenangi Anugerah Kewartawanan Kebangsaan Malaysia dan seorang penulis yang pernah memenangi Anugerah Novel Kebangsaan Malaysia.

Iklan

"Ia juga adalah satu tuduhan berbaur jenayah terhadap terhadap diri saya kerana"eksploitasi kanan-kanak” adalah kesalahan jenayah mengikut undang-undang.

"Lebih berniat jahat, tuduhan itu dikaitkan pula dengan 'Iklan ubat kuat Khaidir Ahmad' yang menggambarkan saya seolah-olah sebagai pengeluar"ubat kuat” dan mengiklankan"ubat kuat” yang sering diberi persepsi buruk oleh umum," katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya pada Selasa.

Iklan

Tambah beliau, hantaran yang turut disertakan dengan gambar seorang kanak-kanak perempuan boleh memberi persepsi buruk umum terhadapnya sebagai seorang yang tidak bermaruah dan rosak akhlak.

"Justeru, saya tidak ada pilihan selain mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis sebelum membawa pihak terbabit ke mahkamah untuk pengadilan," tegasnya.