PAU 2021 diadakan 16 Mac depan secara bersemuka

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pada 16 hingga 19 Mac depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kesemua 14 orang perwakilan setiap bahagian akan dijemput untuk menghadiri perhimpunan itu secara bersemuka dan tidak diadakan secara hibrid.

Iklan
Iklan

"Kesemua lima orang perwakilan bagi setiap sayap juga akan menghadiri perhimpunan agung masing-masing pada kali ini.

"Walaupun demikian, prosedur operasi standard (SOP) tetap akan dipenuhi daripada segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan aplikasi Mysejahtera, sanitasi dan lain-lain," katanya dalam kenyataan pada malam Rabu.

Iklan

Pada Disember lalu, Ahmad Maslan memaklumkan PAU 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 13 sehingga 15 Januari ini ditangguhkan.

Penangguhan tersebut kata Ahmad Maslan, susulan bencana banjir yang berlaku banyak di kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.

Iklan

Sementara itu, dalam perkembangan lain, mesyuarat berkenaan mengambil ingatan tentang pengurusan banjir yang perlu dibaiki terutamanya di Selangor.

"Sidang Dewan Rakyat khas pada 20 Januari ini juga diharapkan dapat mengumpulkan cadangan-cadangan bernas agar Malaysia menjadi negara yang terhindar daripada banjir besar pada masa akan datang," katanya.