Kes hakim kanan didakwa berbogel: Lima lagi saksi akan dipanggil

Iklan
Setakat ini polis sudah merakam keterangan tiga individu termasuk hakim kanan dan wanita yang juga pengadu bagi membantu siasatan.

AMPANG - Polis akan memanggil lima lagi individu bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang hakim kanan yang didakwa berbaring dalam keadaan berbogel di bilik tidur seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua saksi itu akan dipanggil untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, kita sudah merakam keterangan tiga individu termasuk hakim kanan dan wanita yang juga pengadu bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Pada Rabu, Mohamad Farouk memaklumkan hakim kanan membuat laporan polis balas terhadap dakwaan mangsa.

Iklan

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan tersebut beberapa hari selepas wanita tersebut membuat laporan polis berkaitan kejadian didakwa berlaku pada Ogos 2020.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan.

Iklan

Pada Selasa, media melaporkan polis menyiasat seorang hakim kanan kerana didakwa melakukan gangguan seksual terhadap wanita berkahwin pada tahun 2020.

Kejadian didakwa berlaku apabila lelaki itu melawat kediaman wanita itu yang tinggal bersama suami terlantar sakit sebelum meminta izin untuk solat.

Bagaimanapun, mangsa mendakwa lelaki tersebut menunaikan solat terlalu lama sebelum memeriksa biliknya dan mendapati dia baring atas katil dalam keadaan bogel.

Lelaki itu dikatakan meninggalkan rumah berkenaan pada jam 3 pagi.