Syahmi kini Harimau Selatan

Iklan
SYAHMI SAFARI FOTO: JOHOR Southern Tigers

BEKAS pemain pertahanan kanan Selangor FC, Muhammad Syahmi Safari kini secara rasmi menjadi pemain terbaharu juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Muhammad syahmi mengakui sukar untuk mengatakan tidak mengenai lamaran daripada JDT yang disifatkannya kelab terbesar di Malaysia ketika ini.

Iklan
Iklan

"Terdapat hanya satu destinasi dalam bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim, dan saya kini berada di sini.

"Ini adalah cabaran, cabaran untuk saya melangkah ke depan dan mencapai kejayaan sebagai pemain bola sepak,” katanya dalam video berdurasi satu minit yang dimuat naik menerusi laman Instagram rasmi JDT pada Khamis.

Iklan

"Welcome to the Home of Champions! #NewSigning #WhereChampionsAreMade #LuaskanKuasamuJohor,” menurut hantaran akaun ‘officialjohor’ itu.

Dalam video itu, beliau yang kelihatan segak mengenakan set lengkap sut hitam sebelum meninjau Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, turut menayangkan nombor jersinya iaitu 91.

Iklan

Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini pernah membuat penampilan bersama skuad Harimau Malaya pada Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, bulan lalu.

Walaupun sering beraksi di posisi pertahanan kanan, pemain kelahiran Kuala Selangor itu terus menjadi pilihan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe untuk beraksi di sebelah kiri susulan ketiadaan La'Vere Corbin-Ong yang menjadi pemain kerap menggalas tanggungjawab di posisi tersebut. - Bernama