Tun M keluar IJN hari ini

Iklan
Tun Mahathir

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang ke rumah selepas beberapa hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 3.45 petang Khamis.

Menurut IJN dalam satu kenyataan pada Khamis, Tun Mahathir akan meneruskan proses pemulihan dan rawatan di rumah.

Iklan
Iklan

"Tun Mahathir dan Isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas keprihatinan dan doa mereka ketika beliau dimasukkan ke IJN,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada 16 Disember lalu, Tun Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menerima rawatan kesihatan pada kira-kira jam 7 petang.

Iklan
Iklan