Polis tahan tiga lelaki terbabit video tular

Iklan
Tangkap layar memaparkan tiga lelaki mengelilingi mangsa sebelum memukulnya dalam kejadian di Kuala Sepetang, Taiping. Foto: ihsan pembaca, gambar kiri: Osman Mamat

TAIPING - Tiga lelaki termasuk remaja berusia 16 hingga 19 tahun ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kejadian pukul yang videonya tular di media sosial pada Rabu.

Video berdurasi dua minit 33 saat itu memaparkan mangsa dipukul tiga lelaki dalam kejadian yang berlaku di kawasan Kuala Sepetang di sini.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, bertindak atas maklumat, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah bersama anggota polis Balai Kuala Sepetang telah menahan ketiga-tiga suspek sekitar jam 9.45 malam.

"Permohonan reman telah dibuat di Mahkamah Majistret Taiping dan mereka dibenar untuk ditahan selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

"Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.