'Saya lihat timbunan mayat...'

Iklan
Noor Hamzah bersama baju dengan kesan darah.

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Seorang lagi mangsa warga Malaysia, Noor Hamzah, 54, yang terselamat berkongsi pengalaman bagaimana dia melarikan diri bagi menyelamatkan diri.

Memetik laporan The New Zealand Herald, Noor Hamzah berkata, ketika tembakan bermula, dia bersama beberapa orang jemaah lain berlari keluar daripada masjid dan bersembunyi di belakang kereta di tempat parkir.

Iklan
Iklan

Katanya, tembakan itu berlaku selama kira-kira 15 minit dan selepas pelaku meninggalkan lokasi, polis bersenjata tiba serta menyerbu bangunan itu.

"Saya lihat mayat terbaring di pintu depan dan saya lihat di tingkap masjid terdapat timbunan mayat.

Iklan

"Kami berbaring di atas tanah. Terdapat dua lelaki cedera di kawasan saya. Selepas datangnya paramedik, kami dipimpin oleh pihak polis ke jalan di hadapan masjid," kongsi Noor Hamzah di laman sosial Facebook, miliknya.

Noor Hamzah datang ke New Zealand pada 1980-an sebelum menetap di sana pada 1998 mengakui terkejut dengan kejadian pembunuhan beramai-ramai itu.

Iklan

"Ini adalah malapetaka untuk New Zealand dan ini hari yang gelap. Saya tidak dapat membayangkan perkara seperti ini berlaku.

"Saya masih terkejut dan harap cukup kuat untuk mengharunginya," katanya.