Isu Azam Baki: Anwar kecam tindakan polis siasat AMK, Muda

Iklan
Pada Isnin, AMK menyerahkan memorandum bagi mendesak supaya siasatan lebih teliti dilakukan oleh badan bebas terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung kontroversi pemilikan jutaan saham oleh Azam dalam dua buah syarikat tersenarai baru-baru ini. (Gambar kecil: Anwar)

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan terhadap pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Pimpinan AMK dan Muda berhimpun untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Beliau juga membantah tindakan pihak polis menyiasat Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik yang turut dipanggil polis berhubung kehadirannya menyaksikan penyerahan memorandum kepada pihak SPRM.

"Begitu juga Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang disoal siasat berhubung siaran media sosial yang dikongsinya pada lima tahun lalu.

Iklan

"Langkah ini ternyata suatu bentuk intimidasi dan tekanan oleh pihak berkuasa terhadap pimpinan pembangkang dalam menyikapi gejala rasuah di negara ini.

"Saya menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani untuk menghentikan gangguan terhadap mereka ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan

Pada Isnin, AMK menyerahkan memorandum bagi mendesak supaya siasatan lebih teliti dilakukan oleh badan bebas terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung kontroversi pemilikan jutaan saham oleh Azam dalam dua buah syarikat tersenarai baru-baru ini.

Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, penyerahan memorandum tersebut disampaikan kepada pegawai SPRM secara konvoi bagi mewakili pandangan rakyat khususnya golongan muda bagi mempertahankan integriti.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang padah apabila keesokan harinya polis memanggil individu yang terlibat dengan penyerahan memorandum tersebut untuk memberikan keterangan.