Kerajaan terima RM340.92 juta sebagai penyelesaian tunai

Iklan
Tengku Zafrul

SHAH ALAM - Kerajaan telah menerima wang penyelesaian tunai berjumlah RM340.92 juta (AS$80 juta) daripada KPMG yang telah disalur ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (Akaun Amanah).

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penyaluran deposit wang tersebut susulan pengumuman pada 16 September lalu di mana KPMG telah bersetuju untuk menyelesaikan saman sivil yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap KPMG.

Iklan
Iklan

"Kerajaan telah membayar balik RM13.3 bilion hutang 1MDB setakat ini. Pada 31 Disember 2021, hutang tertunggak 1MDB yang terdiri daripada prinsipal dan kupon/keuntungan untuk bon dan Sukuk berjumlah RM38.81 bilion.

"Walau bagaimanapun, baki semasa Akaun Amanah adalah mencukupi untuk membayar hanya jumlah prinsipal bon untuk 2022.

Iklan

"Setelah semua dana Akaun Amanah digunakan, kerajaan akan terus menanggung kewajipan membayar baki hutang 1MDB, yang pengeluarannya disokong oleh jaminan kerajaan dan surat sokongan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Akaun Amanah di bawah jagaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima sejumlah RM19.138 bilion berhubung skandal kewangan 1MDB.

Iklan

"Melangkah ke hadapan, kerajaan komited terhadap usaha pemulihan aset 1MDB dan akan sentiasa memastikan peruntukan yang mencukupi untuk menyelesaikan hutang 1MDB bagi menguruskan beban kewangan negara yang dicipta oleh 1MDB,” ujarnya.