KOTA KINABALU - Ratusan kakitangan kerajaan cemas apabila berlaku runtuhan siling auditorium di tingkat 11 bangunan Wisma Dang Bandang di sini pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, bangunan berusia lebih 35 tahun yang menempatkan tujuh agensi kerajaan turut bergegar berikutan runtuhan berkenaan.