Covid-19: Lagi 12 kematian baharu direkodkan

Iklan
KKM melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,750 orang, daripada 2.79 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Iklan
Iklan

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Iklan

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 40,276 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Iklan

Daripada jumlah itu, 33,075 individu atau 82.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,660 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 3,343 kes dirawat di hospital dan 198 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 105 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 93 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani