Pendaki solo negara, Khairil Aslan Ab Rasid (kiri) berada di Melaka sempena ekspedisi siri kayuhan solo Fatbike menjelajah Semenanjung Malaysia 40 hari bermula semalam, ketika ditemui pemberita di Bandar Hilir di sini hari ini.
Khairil Aslan, 48, yang tiba di Melaka dari Greenwood Gombak, Selangor malam tadi selepas memulakan kayuhan hari pertama misi berkenaan berdepan dengan cabaran cuaca panas terik dan angin kuat sepanjang perjalanannya itu.
Ekspedisi siri kayuhan solo itu merupakan platform baginya mempersiapkan diri untuk misi pendakian 'G3 8000 ers 2023' melibatkan Gunung Everest, Gunung Lhotse dan Gunung Makalu. - Foto Bernama.