TELUK INTAN - Sebuah kilang pembuatan dan pemasangan aksesori motosikal didenda RM13,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas seorang pekerjanya cedera parah putus jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan akibat terhimpit mesin mengecap di tempat kerja.
Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Perak, Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan menyebut, syarikat CJM Industries Sdn Bhd yang diwakili pengarah urusannya sebagai majikan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.