MARANG - Tiada kompromi sekiranya ada mana-mana ahli yang didapati terlibat dalam penjualan atau pembelian sijil vaksinasi Covid-19 palsu, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, mana-mana individu yang didapati melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan sekiranya ada laporan dibuat.