SHAH ALAM - Seramai dua anggota polis dan dua orang kena tuduh (OKT) ditahan pada Jumaat berikutan kematian mengejut seorang OKT lelaki berusia 63 tahun di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak pada Khamis.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman telah memulakan siasatan sejurus menerima laporan.