Tze Yong mara separuh akhir Terbuka India

Iklan
Tze Yong - Foto BAM

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong meneruskan momentum positif dalam pemburuan kejuaraan pertama tahun ini apabila mara ke separuh akhir kejuaraan Terbuka India.

Bagaimanapun kemaraan pemain berusia 21 tahun itu tidak hadir dengan mudah apabila dipaksa bekerja keras sebelum dapat menjinakkan lawannya yang berkedudukan ranking ke 45 dunia dari Ireland, Nhat Nguyen.

Iklan
Iklan

Pada set pertama Tze Yong yang berstatus ranking ke-60 dunia mengalah 9-21, namun bangkit set kedua dengan kemenangan 21-8 sebelum mematikan perjalanan lawan dengan 21-16 dalam masa sejam sembilan minit.

Kemenangan itu membolehkan Tze Yong mara menentang pemain tuan rumah yang juga pilihan ketiga Lakshya Sen yang mengalahkan rakan senegara, SH Prannoy, 14-21, 21-9, 21-14.

Iklan
Iklan

Untuk rekod pada pusingan kedua sebelum ini Tze Yong menundukkan bintang Perancis, Lucas Claerbout 20-22, 21-15, 21-18 selepas mengejutkan pilihan ketujuh dari Indonesia, Tommy Sugiarto 21-16, 14-21, 21-5 dalam aksi satu jam lebih.