'Tak putus berdoa, akhirnya miliki rumah impian'

Iklan
Ab Rauf (dua,kanan) bersama Abu Shah (tiga,kanan) dan isterinya bergambar di depan rumah baharu du Kampung Pulau, di sini, pada Jumaat.

ALOR GAJAH - Sepasang suami isteri asnaf dari Kampung Pulau, Masjid Tanah di sini, menarik nafas lega setelah impiannya untuk memiliki kediaman sendiri tercapai.

Tukang kebun, Abu Shah Embok, 59, berkata, sejak berkahwin dengan Nur Syafinaz Haron, 28, sembilan tahun lalu mereka telah beberapa kali berpindah menyewa rumah kerana tuan rumah mahukan rumah mereka semula.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan pendapatan tidak seberapa, ditambah menghidap hernia (angin pasang) dan hipertensi selain faktor usia, sukar untuk dia mengumpul wang bagi membinaa rumah sendiri selain isterinya turut menghidap penyakit jantung berlubang.

"Saya dan isteri tak putus-putus berdoa. Sejak setahun lalu kami turun naik ke pejabat TNB dan agensi kerajaan berkaitan agar permohonan kami diluluskan.

Iklan

"Syukur mereka yang membantu, akhirnya doa kami dimakbulkan dan dapat rumah baharu pada tahun baharu," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan rumah Projek Baiti Jannati, di Masjid Tanah di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Melaka, Ir. Khairizam Ibrahim.

Iklan

Tambah Abu Shah, sebelum ini dia tidak pernah mengetahui kewujudan pembinaan rumah di bawah Projek Baiti Jannati sebelum dimaklumkan oleh Ab Rauf yang meminta dia membuat permohonan atas tanah arwah ibunya.

"Lega dan gembira dapat rumah baharu, akhirnya penat lelah ke sana sini untuk pastikan permohonan lulus terbalas.

"Sekarang kami tak lagi tinggal menyewa dan wang sewa itu boleh disimpan atau membeli barang keperluan lain," katanya.

Sementara itu, Khairizam berkata, sepanjang tahun lalu sebanyak tujuh buah rumah telah dibina dengan kos pembinaan RM50,000 setiap rumah.

"Selain projek ini, bagi yang beragama Islam, kita juga membina rumah mesra rakyat bagi yang bukan beragama Islam dengan kos peruntukan sama.

"Dengan adanya kediaman baharu ini dapat memberi semangat kepada penerima meneruskan kelangsungan hidup, dan tinggal di rumah lebih selesa.

Rumah tiga bilik itu didirikan dengan kos RM50,000 dan dilengkapi kelengkapan seperti katil dan peti ais.