JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa yang terjejas banjir sejak 1 Januari lepas terus menurun kepada 95 mangsa setakat jam 8 pagi ini berbanding 271 individu, petang Jumaat.
Ecxo Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, hanya tinggal dua daerah masih terjejas banjir, melibatkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Segamat kekal dengan mangsa tertinggi iaitu 83 orang diikuti Tangkak 12 orang.