Mahkamah Australia tetapkan pendengaran kes visa Djokovic

Iklan
Djokovic

MAHKAMAH Australia menetapkan pendengaran kes pembatalan visa Novak Djokovic pada Ahad pada jam 9.30 pagi waktu tempatan ketika pemain tenis nombor satu dunia itu berusaha membatalkan keputusan kerajaan Australia untuk mengeluarkannya dari negara itu.

Hakim David O'Callaghan berkata, mahkamah akan berhubung dengan semua pihak mengenai persoalan sama ada prosiding itu perlu didengar oleh seorang hakim tunggal atau mahkamah penuh pada hari itu.

Iklan
Iklan

Djokovic sepatutnya menyerahkan diri kepada pegawai imigresen bagi ditahan pada Sabtu dan dikehendaki menyerah diri kepada pegawai di Melbourne, menurut perintah mahkamah yang dikeluarkan pada malam Jumaat.

Pada Jumaat, Djokovic meminta mahkamah Australia menghalang pengusirannya menjelang Terbuka Australia selepas kerajaan membatalkan visanya buat kali kedua atas peraturan kemasukan Covid-19.

Iklan

Kerajaan bagaimanapun mengarahkan supaya dia kembali ke tahanan sebelum dihantar pulang pada jam 8 pagi waktu tempatan pada Sabtu.

Pasukan undang-undang Djokovic mengemukakan permintaan untuk injunksi lewat malam Jumaat, kurang tiga jam selepas Menteri Imigresen, Alex Hawke menggunakan kuasa budi bicara untuk membatalkan visa bintang tenis Serbia tersebut.

Iklan