Pelajar di Jepun cedera ditikam ketika duduki peperiksaan

Iklan
Beberapa pelajar sekolah menengah yang menduduki peperiksaan kemasukan ke Universiti Tokyo, Jepun cedera dalam serangan pisau pada Sabtu. - Foto Reuters

TOKYO - Beberapa pelajar sekolah menengah yang menduduki peperiksaan kemasukan ke Universiti Tokyo, Jepun cedera dalam serangan pisau pada Sabtu.

Penyiar awam NHK melaporkan seorang pelajar bertindak menyerang kumpulan pelajar lain dengan sebilah pisau ketika mereka sedang berkumpul untuk menduduki peperiksaan.

Iklan
Iklan

Kejadian pada waktu pagi itu menyebabkan sekurang-kurang tiga pelajar cedera, namun dilaporkan dalam keadaan sedar.

Sementara itu akhbar Asahi melaporkan suspek dipercayai pelajar berusia 17 tahun, dan telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Iklan

Bagaimanapun, Jabatan Polis Metropolitan Tokyo enggan mengulas lanjut mengenai butiran serangan tersebut termasuk tidak mengesahkan sebarang tangkapan.

Ketika ini, dianggarkan setengah juta pelajar sekolah menengah di ratusan tempat di seluruh Jepun sedang mengambil peperiksaan tahunan untuk kemasukan universiti.

Iklan

Jenayah kekerasan jarang berlaku di Jepun, tetapi beberapa serangan menggunakan pisau dilaporkan berlaku di negara itu.

Pada Oktober tahun lalu, satu kejadian serangan pisau dan api ke atas kereta api di Tokyo turut dilaporkan berlaku, mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang cedera dan seorang dalam keadaan serius. - Awani