Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 10 malam ini.
Menurut PLUS, pelanggan lebuh raya PLUS digalakkan beralih kepada sistem pembayaran menggunakan Tag Touch ‘n Go RFID untuk perjalanan yang senang, selamat dan selesa.