KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Sabtu berangkat ke Seri Kembangan, Selangor menziarahi keluarga pengiring bermotosikal Seri Paduka, Sarjan Suhaimi Zakaria yang maut dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas di ibu negara, pada Sabtu.
Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.