KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang pengasuh bagi membantu siasatan berhubung dakwaan bahawa wanita terbabit menampar seorang bayi berusia lapan bulan yang juga anak asuhannya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias berkata, ibu bayi terbabit membuat laporan pada jam 11.29 malam selepas mengambil anak bongsunya itu dari rumah suspek di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras di sini pada Rabu.
"Dalam laporan tersebut pada 12 Januari jam lebih kurang 8.20 malam semasa mengambil anak-anaknya dari rumah pengasuh, ibu mangsa dapati pipi sebelah kanan mangsa kemerah-merahan.
"Siasatan dijalankan mendapati pengasuh seorang wanita yang berusia 48 tahun mengaku tidak sengaja menampar pipi mangsa yang pada masa itu berada di dalam buaian kerana mangsa dikatakan sering muntah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, suspek ditahan pada hari sama untuk dirakam keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan penuh perubatan terhadap mangsa.
Menurutnya, kes tersebut akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan pertuduhan dengan kadar segera.
"Kertas siasatan telah dibuka dan diklasifikasikan sebagai kes penderaan kanak-kanak yang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,"ujarnya.