Fenomena halo

Iklan
Pekerja di sebuah tapak pembinaan meneruskan kerja-kerja pembinaan berlatar belakangkan fenomena halo matahari yang berjaya dirakamkan ketika tinjauan di Labuan hari ini.

Fenomena halo merupakan lingkaran cahaya yang mengelilingi bersama bayangan pelangi seakan gelung cincin terbentuk mengelilingi matahari. Ia adalah sejenis fenomena optik yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi.

Terdapat banyak jenis halo tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian lima hingga sepuluh kilometer di lapisan troposfera atas.

Iklan
Iklan