Nigeria mampu mara lebih jauh

Iklan
Pemain Nigeria meraikan kemenangan ke atas Sudan. - Foto: OwnGoal Nigeria

KEJAYAAN Nigeria mara ke pusingan kedua Piala Negara-Negara Afrika 2022 setelah menewaskan Sudan 3-1 pada Ahad dilihat membuka peluang buat skuad The Super Eagles untuk mara lebih jauh pada kejohanan berkenaan kali ini.

Perkara itu ditegaskan Pembantu Peribadi Presiden, Bashir Ahmad yang turut menyifatkan kesebelasan Nigeria mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan berkenaan bagi memastikan kemenangan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Ia sesuatu yang menarik menyaksikan Nigeria beraksi memenangi perlawanan apatah lagi pada saingan Piala Negara-Negara Afrika.

"Saya turut berpeluang menyaksikan Nigeria beraksi pada aksi pembukaan berdepan Mesir minggu lalu di Garoua, Cameroon.

Iklan

"Apa yang menggembirakan ialah penduduk Garoua turut memberikan sokongan kepada Nigeria,” katanya.

Pada aksi berdepan Sudan, Nigeria membuka jaringan menerusi Samuel Chukwueze seawal minit ke-3 diikuti Taiwo Awoniyi (minit ke-45) dan Moses Simon (min-46) sebelum Walieldin Khedr menjaringkan gol saguhati buat Sudan menerusi sepakan penalti pada minit ke-70.

Iklan

Nigeria yang kini menerajui Kumpulan D dengan enam mata setelah mengharungi dua perlawanan, bakal berdepan Guinea-Bissau pada Khamis bagi melengkapkan jadual saingan peringkat kumpulan.

Bashir juga yakin skuad The The Super Eagle itu mampu melakar lebih banyak kejayaan berdasarkan kepada aksi yang diperagakan pemain setakat ini.

"Pemain juga dilihat bersemangat dan sudah pasti perkara ini akan membantu kejayaan pasukan kali ini,” katanya.