Kerajaan negeri dicadang jadi orang tengah

Iklan
Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai berbincang dengan bekas penduduk Kampung Kilat dan Kampung Telok di Flat Gemilang, di sini pada Sabtu.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri dicadangkan menjadi orang tengah antara penduduk asal Kampung Kilat dan Kampung Telok dengan pemaju bagi menyelesaikan isu tuntutan janji unit kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Setar.

Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai berkata, ia bagi mencari jalan penyelesaian menangani isu dibangkitkan 59 keluarga tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berpendapat kemungkinan berlaku salah faham bahawa bekas penduduk yang perlu memulangkan wang pampasan untuk proses permohonan bagi membolehkan mereka mendiami PPR itu.

"Berdasarkan pertemuan dan perbincangan dengan penduduk, pemaju projek perumahan terbabit yang dipercayai membuat bayaran dan bukan penduduk asal dua perkampungan lama itu.

Iklan

"Jadi, kemungkinan ada salah faham apabila bekas penduduk yang didakwa perlu memulangkan wang pampasan.Jadi, pemaju dan penduduk perlu berbincang dengan kerajaan negeri," katanya kepada Sinar Harian selepas mengadakan pertemuan dengan bekas penduduk Kampung Kilat dan Kampung Telok di Flat Gemilang, di sini, pada Sabtu.

Ming Kai memaklumkan tidak semua penduduk Kampung Kilat dan Kampung Telok mengambil wang pampasan yang ditawarkan pemaju kira-kira lapan tahun lepas.

Iklan

"Terdapat empat kategori bekas penduduk termasuk yang tidak mengambil langsung wang pampasan tidak mendapat unit kediaman yang dijanjikan," katanya.

Sebelum ini Ming Kai memberitahu pernah membangkitkan isu tersebut dalam Persidangan Kamar Khas Dewan Rakyat pada 2 November lepas.

Sementara itu. wakil penduduk, Zaleha Mohamed Mydin, 47, berkata, penduduk terlibat kini mahu rumah untuk didiami seperti dijanjikan sekali gus berharap boleh mendapatkan unit kediaman di PPR Kota Setar itu.

Katanya, penduduk menanti selama lapan tahun untuk mendiami rumah PPR Kota selepas bersetuju berpindah bagi memberi laluan pembinaan PPR Kota Setar yang siap dibina pada 2019.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai 59 keluarga yang merupakan penduduk asal Kampung Kilat dan Kampung Telok dekat sini menagih janji daripada kerajaan serta pemaju untuk memiliki sebuah rumah di PPR Kota Setar.