MUSA sokong Hamidin terus terajui FAM: Sulaiman

Iklan
Hamidin - Foto Bernama

MELAKA - Peluang harus diberikan kepada Datuk Hamidin Mohd Amin untuk terus mengemudi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai presiden atas kredibiliti dan pengalaman luasnya dalam arena bola sepak.

Iklan
Iklan

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Sulaiman Md Ali berpendapat kepimpinan Hamidin dan hubungan baiknya dengan ramai individu berpengaruh dalam bidang sukan di dalam dan luar negara amat penting untuk memacu kemajuan bola sepak negara.

"Masing-masing boleh berikan pandangan namun saya selaku Presiden MUSA juga mahu memberi pandangan dan merasakan Hamidin masih lagi perlu diberi peluang untuk memimpin FAM kerana kredibiliti yang dimilikinya.

Iklan

Sulaiman

"Jangan kerana disebabkan satu kegagalan, kita anggapnya gagal semua dan terus mendesak beliau meletakkan jawatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres MUSA ke-66 di Ayer Keroh di sini.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan terdapat desakan daripada peminat supaya Hamidin melepaskan jawatan sebagai presiden badan induk itu selepas kegagalan skuad Harimau Malaya mencapai sasaran ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura bulan lepas.

Ia juga menyaksikan pengendali pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe membuat keputusan drastik meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pada awal bulan ini sebagai mengambil tanggungjawab atas penyingkiran awal itu.

Menyokong penuh kepimpinan Hamidin sebagai presiden badan induk bola sepak negara itu, Sulaiman yang juga Ketua Menteri Melaka percaya Hamidin merupakan individu terbaik untuk terus mengemudi FAM.- Bernama