UMP terbit kamus kompetensi pertama di Malaysia

Iklan
Muhammad Azli (depan kanan) dan Mahadzir (depan kiri) bersama barisan penulis Kamus Kompetensi AKEPT-UMP di Kampus UMP Pekan baru-baru ini.

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menerbitkan kamus kompetensi pertama di negara ini melalui kerjasama Penerbit UMP dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi Malaysia (AKEPT).

Kamus yang dilancarkan pada minggu lalu itu sebahagian daripada inisiatif Inspirasi Magnum Opus (Maha Karya), iaitu strategi penerbitan berimpak tinggi yang berupaya memberi perubahan kepada komuniti dan negara.

Iklan
Iklan

Kamus berjudul 'Kamus Kompetensi AKEPT-UMP' itu mengambil masa hampir dua tahun untuk diterbitkan.

Pengarah Penerbit UMP, Muhammad Azli Shukri berkata, kamus itu juga merupakan kamus kompetensi pertama di negara ini yang diterbitkan di dalam bahasa Melayu.

Iklan

Menurutnya, antara keistimewaan kamus itu termasuk mengandungi 21 kluster kompetensi fungsian, 212 entri kompetensi yang terdiri daripada kompetensi teras dan fungsian, penerangan dan panduan yang jelas dan mudah serta sebagai rujukan dalam proses memprofil dan penilaian kompetensi.

"Selain itu, ia turut merangkumi kompetensi umum untuk semua keluarga pekerjaan yang melibatkan kemahiran, pengetahuan dan kebolehan di dalam sesebuah universiti atau agensi,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Muhammad Azli berkata, sempena Majlis Aspirasi Suara UMP Siri keenam minggu lalu itu, turut dilancarkan enam lagi buku terbitan Penerbit UMP.

Majlis yang berlangsung di Perpustakaan UMP Kampus Pekan itu turut dihadiri Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automatif, Prof Dr Mahadzir Ishak.