Gempa bumi gegar rantau Taiwan, tiada ancaman tsunami

Iklan
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 berlaku di rantau Taiwan pada jam 4.15 petang Ahad.

SHAH ALAM - Satu kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 berlaku di rantau Taiwan pada jam 4.15 petang Ahad.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi tersebut berlaku dengan koordinat 24.1° utara dan 122.1° timur.

Iklan
Iklan

Tambahnya, jarak gempa bumi tersebut adalah 117 kilometer (km) Tenggara dari Taipei, Taiwan dengan kedalaman 28 km.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Iklan
Iklan